17 January 2012

Ugut janda

MIRI: Gara-gara mahu memutuskan hubungan cinta dengan teman lelakinya, seorang ibu tunggal berusia 30 tahun kini terpaksa hidup dalam ketakutan apabila menerima ugutan bunuh dan dicederakan, sejak seminggu lalu.
Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 4 petang kelmarin, mangsa mendakwa menerima SMS daripada teman lelakinya berusia 24 tahun yang sekali lagi mengugut perkara sama jika wanita berkenaan masih mahu memutuskan hubungan cinta mereka.

Difahamkan, mangsa yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan sebelum ini, baru saja menjalin hubungan cinta dengan lelaki terbabit sejak lebih sebulan lalu, tetapi nekad memutuskan hubungan selepas sering bertengkar kerana pasangan barunya itu dikatakan panas baran.

Menurut sumber, meskipun suspek sering kali merayu supaya diberikan peluang kerana mahu meneruskan hubungan cinta mereka, namun mangsa bertegas menyebabkan suspek berang, lalu mengugut ibu tunggal itu.


“Suspek juga dikatakan pernah menemui mangsa beberapa kali sebelum ini selepas tidak puas hati dengan keputusan wanita itu.

“Namun, sikap dingin mangsa enggan melayannya menyebabkan suspek naik angin dan terus bertindak mengugut bunuh dan mencederakannya menerusi panggilan telefon dan SMS,”.

0 comments:

Post a Comment