14 January 2012

Seluar pendek tak sesuai di stadium

TANGERANG: Polis mempertahankan tindakan mereka selepas gambar pegawainya menegur seorang gadis bawah umur kerana memakai seluar pendek didedahkan di internet.

Jurucakapnya, Haru Manurun memberitahu akhbar Jakarta Globe kelmarin bahawa foto agensi Antara menunjukkan pegawainya memeriksa dan mengambil gambar dua gadis remaja jika memiliki senjata sebelum perlawanan bola sepak di bandar di pinggir Jakarta ini.
Disoal berhubung gambar Antara menunjukkan pegawai memarahi gadis terbabit kerana memakai seluar pendek, Haru mengakui polis Tangerang memberitahu gadis dan wanita supaya tidak memakai seluar pendek bagi mengelak dituduh melakukan perbuatan lucah.
“Kami mencadangkan dan menggalakkan gadis terbabit supaya tidak memakai seluar pendek kerana kami mahu mengelak perkara tidak dikehendaki,” kartanya. – Agensi

0 comments:

Post a Comment