16 January 2012

Sektor awam catat 8,174 kemalangan

KUALA LUMPUR: Pihak majikan dan pekerja perlu sentiasa bekerjasama dalam soal keselamatan di tempat kerja bagi mengurangkan kadar kemalangan serta mengelak daripada perkara terbabit terus terjadi, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan (gambar).
“Kedua-dua pihak ini bertanggungjawab di antara satu sama lain. Contohnya, dalam sektor perkhidmatan awam, sejak Januari hingga September lalu sebanyak 8,174 kes kemalangan dicatatkan.

“Antara jenis kemalangan berkenaan termasuk maut dan mengalami kecederaan di tempat kerja serta menghidap penyakit berpunca daripada tempat bekerja,” katanya.
Maznah berkata, pada tahun lalu sebanyak 55,186 tuntutan kes kemalangan dilakukan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terutama kepada yang terbabit dalam sektor perindustrian berisiko tinggi akibat cedera.

“Antara tuntutan yang dibuat pula adalah pencen ilat, hilang upaya kekal dan sementara, kos perubatan dan maut,” katanya merangkap Pengerusi Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

0 comments:

Post a Comment