15 January 2012

Scholes buktikan: Fergie

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson menyokong Paul Scholes untuk membuktikan kepada pengkritiknya selepas pemain veteran itu meraikan kelibatnya keluar daripada persaraan dengan gol buat Manchester United ketika menewaskan Bolton 3-0.

Scholes meledak di Old Trafford, gol pertamanya sejak kali terakhir meledak ketika menentang Fulham pada Februari 2009, sebelum dua perlawanan pertamanya selepas rehat lebih lapan bulan menyaksikan United tewas kepada Blackburn dan Newcastle dalam aksi liga.
Gol pembukaan pada minit ke-45 kelmarin – gol ke-103 dirinya dalam liga – juga menjadi peringatan kepada kemampuan Scholes selepas pelbagai kritikan dilemparkan terhadap Ferguson kerana memujuknya keluar daripada persaraan.
“Dia mempunyai naluri untuk meledak gol. Dia muncul apabila dia rasa perlu berbuat demikian, berada di kawasan tengah dan mengawal situasi.

“Dia sudah terbukti sebagai antara yang terbaik di United. Ada beberapa perkara negatif dilemparkan kepadanya minggu ini namun apabila kamu melihat prestasinya, kualitinya, kamu tidak lihat ia hilang. Dia berlatih dengan keras sejak beberapa minggu lalu dan kami mengambilnya pada waktu yang tepat.”

Jaringan Scholes penting selepas Wayne Rooney gagal menyudahkan sepakan penalti pada separuh masa pertama, sebelum Danny Welbeck dan Michael Carrick menambah dua gol lagi buat membolehkan United berkongsi mata bersama pendahulu Manchester City yang berkunjung ke Wigan hari ini. – AFP

0 comments:

Post a Comment