17 January 2012

Rancang serang Iran

Rancang serang Iran
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dikatakan sedang dalam persediaan mengeluarkan perintah serangan ketenteraan terhadap Iran, jika sekatan kejuruteraan Washington gagal menghentikan program nuklear Tehran.

“Obama pasti mampu mengarahkan serangan ketenteraan ke atas kemudahan nuklear Iran,” jelas Senator AS, Joe Lieberman dalam satu temu bual bersama agensi berita The Cable, Jumaat lalu.

Jelas Lieberman, tidak dipastikan sama ada Obama akan mengisytiharkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran, walaupun sekatan kejuruteraan tidak bekerja, tetapi beliau yakin Presiden AS itu mampu dan bersedia berbuat demikian.

AS, Israel dan sekutunya kini menuduh Iran masih meneruskan program nuklear ketenteraan dan menjadikan dakwaan itu sebagai alasan untuk meyakinkan Majlis Kese­lamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sempat sekatan ke atas Iran.

Malam tahun baru lalu, dalam usaha menyekat syarikat asing dan bank yang menjalankan perniagaan dengan institusi kewangan Iran, Obama bertindak menandatangani undang-undang sekatan ekonomi terhadap Bank Negara Iran.

Selain disekat secara berterusan oleh Kesatuan Eropah, Tehran juga diancam Washing­ton dan Tel Aviv yang mahu menggunakan senjata nuklear dengan memberi pilihan serangan ketenteraan.

0 comments:

Post a Comment