14 January 2012

Presiden Taiwan menang

TAIPEI 14 Jan. - Parti pemerintah Taiwan, Parti Nasionalis mencatat kemenangan dalam pilihan raya Presiden negara ini hari ini, sekali gus mengekalkan Ma Ying-jeou sebagai Presiden bagi penggal kedua.
Ying-jeou, 61, menewaskan dua pencabar lain, Tsai Ing-wen daripada Parti Demokratik Progresif (DPP) dengan kelebihan undi kira-kira enam peratus daripada kira-kira 80 peratus undi yang dikira dan James Soong, tokoh penting Parti Utama Rakyat (PFP) yang hanya memperolehi 2.8 peratus undi.
Pengundi tertarik dengan wawasan Ying-jeou yang memperjuangkan hubungan yang lebih baik dengan China.
Selain pemilihan Presiden, kira-kira 18 juta pengundi layak memilih 113 anggota Parlimen negara pulau ini, yang kini didominasi Parti Nasionalis dalam satu keputusan penting yang boleh menyaksikan polisi masa depan Taiwan dipercepatkan atau dihentikan.
Selain itu, China dan Amerika Syarikat (AS) mengikuti perkembangan pilihan raya di Taiwan itu dengan penuh minat.
Kebanyakan penganalisis menjangkakan bilangan yang keluar mengundi mungkin tinggi, memandangkan kira-kira 200,000 rakyat Taiwan yang berada di luar negara turut pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka. - Reuters

0 comments:

Post a Comment