15 January 2012

Presiden Pas putus pengganti Hasan Ali hari ini

Teka-teki calon ganti Hasan Ali
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membuat keputusan hari ini berkenaan calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Keputusan itu diambil ekoran keputusan Pas memecat keahlian Hasan berkuat kuasa, Ahad lalu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, nama itu akan beliau sampaikan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, esok.

"Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari Pas," kata Mustafa dipetik Harakahdaily hari ini.
Laporan itu berkata, Dewan Harian Pas Pusat mengadakan mesyuarat di Alor Setar, semalam dan antara topik yang dibincangkan adalah pengganti Hasan.
Khamis lalu, Sultan Selangor telah memberi perkenan untuk membatalkan pelantikan Hasan daripada jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Keputusan itu dibuat selepas Khalid menghadap baginda di Istana Kayangan di sini.
"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli Pas, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.
"Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata beliau.
Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.

0 comments:

Post a Comment