14 January 2012

PR sasar 70,000 hadir ceramah perdana malam ini

PR sasar 70,000 hadir ceramah perdana malam ini
ALOR SETAR - Pakatan Rakyat (PR) menyasarkan kira-kira 70,000 orang hadir pada program Rapat Rakyat sempenan Konvensyen PR di sini malam ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran ini berdasarkan kepada tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dekat.

"Saya percaya ini adalah konvensyen terakhir sebelum PRU13, jadi kehadiran yang ramai diperlukan," katanya ketika berucap di Ceramah Perdana di sini malam tadi.

Konvensyen PR kali ketiga di Alor Setar ini dianggap terpenting kerana buat pertama kalinya tiga parti komponen PR mengistiharkan manifesto bersama sempena PRU13.

Konvensyen ini bermula pada malam tadi dan berakhir malam ini apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ucapan.

Ia juga kemunculan majlis umum pertama selepas dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan meliwat Isnin lalu.

0 comments:

Post a Comment