15 January 2012

Polis Thai buru suspek kedua

BANGKOK: Polis Thai memburu suspek pengganas yang masih bebas di bandar raya ini selepas penahanan seorang lelaki yang didakwa terbabit dalam cubaan mengebom sehingga memaksa 11 kedutaan asing mengeluarkan amaran supaya tidak mengunjungi negara itu.
Ketua Polis Thailand, Jeneral Priewpan Damapong berkata, suspek komplot pengeboman itu - dua lelaki warga Lubnan yang dikaitkan dengan pejuang Hizbullah membatalkan rancangan selepas polis menghidu kegiatan mereka dan menahan seorang daripada mereka Khamis lalu. Polis Thai yang memberi amaran kepada pengunjung di kawasan tumpuan pelancong seperti di Jalan Khao San supaya berhati-hati, percaya suspek masih berada di Bangkok tetapi turut meningkatkan keselamatan di wilayah berhampiran dan destinasi pelancongan popular lain seperti Pattaya dan Phuket.

Jurucakap polis Thai, Piya Ayutho berkata: “Daripada laporan perisikan, penyerang akan menggunakan bahan letupan. Kerana itu orang awam digesa berhati-hati di kawasan berrisiko, atau di bangunan yang menjadi tumpuan pelancong asing, selain memerhatikan kenderaan yang ditinggalkan dalam tempoh lama.” Menurut Bangkok Post, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata, dia sudah mengerahkan tentera, polis dan pasukan keselamatan mengekalkan tahap berjaga-jaga dan memaklumkannya jika ada perkembangan baru. - Bangkok Post

0 comments:

Post a Comment