29 January 2012

Polis tahan 13 Orang Asli bantah pencerobohan


GUA MUSANG - Polis menahan 13 Orang Asli, yang dipercayai mengetuai perhimpunan haram 800 penduduk kaum itu di Kampung Parik di sini, kerana mengingkari arahan untuk bersurai.

Perhimpunan itu diadakan sejak awal pagi dan menghalang pelbagai kenderaan daripada melalui Jalan Kuala Betis - Pos Tohoi sebagai membantah tanah adat mereka diceroboh dengan aktiviti pembalakan dan pembukaan ladang.

Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Aziz Hassan berkata suspek ditahan pada kira-kira 5.20 petang selepas rundingan polis dengan beberapa ketua perhimpunan terbabit gagal, dan mereka berkeras untuk meneruskan perhimpunan itu.

"Mereka membuat tindakan sendiri dengan menghalang kenderaan yang melalui jalan terbabit dan kita khuatir juga perhimpunan berkenaan ada dalang daripada penduduk luar dari kampung itu," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu disuraikan.

Beliau berkata peserta perhimpunan itu kemudian bersurai tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Suspek ditahan di Ibu Pejabat Daerah Gua Musang untuk siasatan lanjut, katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment