30 January 2012

Polis jejak dalang khabar angin palsu


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat lanjut bagi mengesan dalang utama menyebarkan khabar angin mengatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meninggal dunia ketika menghadiri persidangan di London.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, khabar angin itu ternyata tidak benar dan dipercayai disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Awal pagi semalam saya terima beberapa panggilan mengenai perkara ini mendakwa menerima SMS dari sumber tidak diketahui bahawa KPN meninggal dunia sedangkan dia dalam keadaan sihat di London,” katanya.



0 comments:

Post a Comment