27 January 2012

PM Singapura tidak fikir anak akan ikut jejak langkahnya

DAVOS (Switzerland): Perdana Menteri Lee Hsien Loong, anak lelaki pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, semalam berkata, beliau tidak fikir anak-anaknya akan menceburi politik.

“Mereka perlu memutuskannya, tetapi jika anda bertanya kepada saya sekarang, saya rasa mereka tidak akan menceburi bidang itu,” katanya kepada perwakilan perniagaan dan ahli politik dalam mesyuarat di Davos.

“Sekarang generasi berbeza, kini dunia baru dan terdapat banyak peluang di Singapura,” katanya.
Hsien Loong yang mempunyai empat anak menjawat jawatan sebagai perdana menteri ketiga republik itu pada 2004.

Bapanya yang menerajui Singapura mendapatkan kemerdekaan dan mencapai kemakmuran ekonomi sepanjang 31 tahun pemerintahan hingga 1990 sebagai perdana menteri. - AFP

0 comments:

Post a Comment