14 January 2012

Perisik CIA dijatuhi hukuman mati

Perisik CIA dijatuhi hukuman mati
TEHERAN - Warga Amerika Syarikat (AS) yang menjadi perisik untuk Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah di Iran, menurut media tempatan, semalam.

Bekas tentera laut AS, Amir Mirzaei Hekmati, 28, didakwa bersalah kerana mengintip Kementerian Perisikan bagi mendapatkan maklumat rahsia negara itu.

Di bawah undang-undang Iran, Hekmati dibenarkan untuk membuat rayuan dalam tempoh 20 hari.

Dalam satu kenyataan, bapa Hekmati yang juga seorang profesor di Kolej Komuniti di Flint, Michigan menyatakan anaknya bukan perisik CIA dan tujuan dia ke Iran sebenarnya adalah untuk melawat neneknya.

Hukuman itu dijatuhkan di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak selepas negara tersebut dikenakan sekatan lebih ketat.

0 comments:

Post a Comment