14 January 2012

Perhimpunan Jemaah Islam Sedunia

DHAKA 14 Jan. - Beratus-ratus ribu penganut Islam dari lebih 100 negara termasuk Malaysia, China, Amerika Syarikat (AS) dan Singapura mula membanjiri ibu negara Bangladesh bagi menghadiri perhimpunan tahunan Jemaah Islam Sedunia.
Fasa pertama perhimpunan itu yang juga dikenali sebagai Bishaw Ijtima dimulakan dengan bacaan khutbah oleh cendekiawan Pakistan, Abdul Wahab, semalam.
Perhimpunan itu diadakan di tebing Sungai Turag, kira-kira 30 kilometer dari Dhaka.
Penganjur berkata, kira-kira empat juta penganut Islam akan berhimpun menjelang esok. Fasa pertama perhimpunan itu akan berakhir Isnin ini. - dpa

0 comments:

Post a Comment