26 January 2012

Pencuri berjubah hitam

KUALA LUMPUR: Kegembiraan pasangan suami isteri yang baru selesai menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina bertukar suram apabila kediaman mereka di Batu 9, Cheras, di sini, dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki sebelum melarikan wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai lebih RM200,000, semalam.

Apa yang menghairankan, kumpulan berpakaian hitam seakan jubah selain bertopeng dan bersenjatakan parang serta pisau itu tidak mempedulikan langsung 20 penghuni lain yang berada di rumah berkenaan.

Malah, pihak berkuasa turut mengesyaki kumpulan terbabit menggunakan sihir atau pukau sehinggakan seluruh penghuni tidak menyedari kehadiran mereka.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, bukan saja tangan kedua-dua pasangan terbabit diikat sebaliknya mereka dipaksa bersujud di lantai bilik selepas menyerahkan semua barangan berharga milik mereka kepada suspek sebelum kumpulan berkenaan melarikan diri.

Menceritakan kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Yong berkata, majlis rumah terbuka anjurannya itu tamat kira-kira jam 3 pagi.

“Saya dan isteri masuk tidur di bilik tingkat dua rumah manakala kira-kira 20 lagi saudara-mara dan rakan termasuk pekerja berehat di ruang tamu.


“Saya dan pasangan terkejut apabila tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan pisau mengejutkan kami,” katanya.

0 comments:

Post a Comment