15 January 2012

‘Pemain kami kurang daya imaginasi’

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish percaya kekurangan daya imaginasi menjadi punca pasukannya menempuh detik menyedihkan di laman sendiri.

The Reds tidak pernah tewas dalam kempen EPL di Anfield tetapi mengumpul tujuh seri dengan hanya empat kemenangan, dan satu lagi seri tanpa jaringan ketika bertemu Stoke City kelmarin, semakin menyukarkan peluang ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas tercicir lima mata di belakang pasukan tangga keempat, Chelsea.
Ia menjadi detik lebih mengecewakan buat penyokong Liverpool kerana selain Manchester United dan City, mata juga dilepaskan ketika menentang Sunderland, Norwich, Swansea dan Blackburn, yang diramal seharusnya mudah ditewaskan di Anfield.
“Mereka datang untuk meraih mata. Dan menjadi tanggungjawab kami supaya lebih berimaginasi untuk cuba menumpaskan mereka,” kata Dalglish. “Kami gagal melakukannya dan beberapa peluang yang diperoleh juga tidak digunakan.

“Mereka (pemain) nampak begitu kukuh di bahagian belakang dan memiliki satu peluang baik pada separuh masa pertama tetapi pada hari ini ia tidak cukup untuk kami. Tiada masalah dengan usaha dan kesungguhan pemain namun ia tidak cukup untuk menumpaskan lawan.”

Dalglish juga mengakui terpaksa menurunkan Jose Enrique ketika menentang Stoke sekalipun pemain itu masih bergelut dengan kesakitan perut manakala Daniel Agger tidak boleh diturunkan bagi mengelak kecederaan.

Pengendali itu juga menyenaraikan Dirk Kuyt, yang belumpun meledak dalam EPL musim ini sebagai penyerang tunggal manakala Andy Carroll memanaskan bangku simpanan.
Dalglish mempertahankan keputusannya itu dan berkata: “Kami sentiasa bermain sebagai satu pasukan, bukan 11 pemain.” – AFP
Komen Anda

0 comments:

Post a Comment