17 January 2012

Pemain bola buat hal lagi

JITRA: Seorang pemain bola sepak Perlis ditahan akibat memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis selepas disaman kerana tidak memiliki lesen menunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Jalan Jenan-Kepala Batas, di sini, semalam.
Pemain penyerang berusia 26 tahun itu yang menunggang motosikal Honda EX-5 berwarna hitam ditahan ketika melalui sekatan dilakukan Bahagian Trafik dan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Difahamkan, pemain terbabit kini beraksi bersama kesebelasan utama pasukan Liga Perdana Perlis untuk musim kedua berturut-turut.

Menurut sumber, ketika pemeriksaan dia didapati tidak memiliki lesen menunggang motosikal dan polis mengeluarkan saman kerana kesalahan itu.

Menurutnya, selepas menerima surat saman, pemain berasal dari Bandar Darulaman, di sini, menyuarakan rasa tidak puas hati, namun tidak diendahkan polis yang tegas melaksanakan tugas mereka.

0 comments:

Post a Comment