27 January 2012

Pekerja restoran maut, majikannya parah diserang

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja restoran mati dan majikannya parah selepas diserang sekumpulan lelaki mabuk dalam pergaduhan kerana enggan membayar makanan dan minuman di sebuah restoran dekat Desa Jaya, Selayang, di sini awal hari ini.

Tan Ching Choon, 46, pekerja di Restoran Toa Yan, Taman Daya, mati di tempat kejadian akibat ditetak beberapa kali di bahagian tangan, kaki dan muka manakala majikannya, Lim Kok Keng, 41, parah juga ditetak di bahagian kepala, muka dan perut.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian berlaku 12.45 pagi apabila sekumpulan sembilan lelaki enggan membuat bayaran makanan dan minuman mereka semasa restoran hendak ditutup.

Katanya, mangsa dan Lim telah meminta kumpulan itu membuat bayaran tetapi mereka enggan menyebabkan berlakunya pergaduhan. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment