27 January 2012

Padah curi RM1.82 juta untuk ke Disney World

PENNSYLVANIA: Seorang wanita yang mereka cerita dia diculik sedangkan dia sebenarnya melancong ke Disney World dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kelmarin kerana menipu dan mencuri dana majikan serta anggota keluarganya lebih AS$600,000 (RM1.82 juta) untuk tujuan itu.

Ketika keputusan dibacakan di Mahkamah Daerah di Philadelphia, Bonnie Sweeten, 40, diarahkan membayar lebih AS$1 juta (RM3.04 juta) sebagai bayaran balik kepada keluarganya.
Selain itu, sebagai tambahan kepada hukuman, dia perlu menghabiskan tempoh lapan tahun dan empat bulan dalam penjara, kata pejabat peguam di Philadelphia dalam satu kenyataan.
“Sweeten mencuri dana daripada anggota keluarga, pejabat peguam tempat dia bekerja dan pelanggan firma guaman itu,” kata pejabat pendakwa raya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 2009, makluman Sweeten bahawa dia diculik menyebabkan pihak berkuasa persekutuan dan tempatan melancarkan operasi menyelamatkannya.

Ia selepas Sweeten membuat panggilan palsu 911 mengatakan dia dan anak perempuannya berusia sembilan tahun diculik dua lelaki kulit hitam dalam sebuah trak.

Bagaimanapun, apa yang berlaku ialah wanita dari pinggir Bucks County di Philadelphia itu membawa anak perempuannya ke Disney World di Florida, kata pendakwa raya.
Sweeten sebelum itu dijatuhi hukuman penjara sehingga 12 bulan di penjara Bucks County selepas mengaku melaporkan penculikan palsu.

Peguam Sweeten meminta hukuman penjara kurang tujuh tahun manakala pendakwa raya memohon hukuman penjara 10 tahun.

“Dia juga memalsukan tandatangan seorang hakim pada satu dokumen mahkamah bagi mengeluarkan dana pelanggan firma guaman itu dari bank,” kata pejabat pendakwa raya lagi. - Reuters

0 comments:

Post a Comment