25 January 2012

Muslimat puas hati LPF tak lepas tangan

PUTRAJAYA - Muslimat Pas Pusat menyambut baik keputusan perbincangan bersama Lembaga Penapisan Filem (LPF) berkenaan isu ‘lepas tangan’ kerajaan dalam penapisan menapis.

Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, beliau berpuas hati dengan penjelasan LPF dan akan memberikan cadangan.

“Kami berpuas hati kerana LPF masih menjalankan tanggungjawab dan tidak membiarkan penerbit dan pengimport filem mengambil kesempatan mengaut keuntungan dan melupakan kesan jangka panjang kepada masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Serahan memorandum Muslimat Pas kepada LPF semalam, membuahkan hasil apabila Muslimat Pas diminta memberikan cadangan menambah baikkan keberkesanan dalam penapisan filem.

Memorandum diterima Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam itu juga membawa kepada penjelasan LPF bukan lepas tangan, tetapi ingin lebarkan tanggungjawab menapis filem kepada penerbit dan pengimport filem.

Jelas Siti Mariah, Muslimat Pas mencadangkan mewujudkan ‘Hotline LPF’ dan ‘Rakan LPF’ yang bertindak seperti ‘Rakan Cop’.

“Kami akan memberikan cadangan kepada LPF dan memantau,” katanya.

0 comments:

Post a Comment