18 January 2012

Lima pelancong asing dibunuh

ADDIS ABABA - Seramai lima pelancong asing dibunuh penyerang tidak dikenali di Afar terletak di timur laut Ethiopia, menurut stesen televisyen tempatan, kelmarin.

Kementerian Pertahanan mengesahkan sekumpulan pelancong diserang di kawasan sempadan Eritrea sehingga menyebabkan lima terkorban manakala beberapa lagi cedera.

Dalam satu kenyataan lain, Kementerian Luar Jerman kini sedang menyiasat sama ada rakyatnya turut terlibat dalam insiden itu.

Afar sememangnya terkenal sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong luar kerana keunikannya sebagai kawasan paling panas di Bumi.

0 comments:

Post a Comment