14 January 2012

Laman web jabatan bomba Israel diserang

BAITULMAQDIS: Penggodam mendakwa berasal dari Semenanjung Gaza menyerang laman web perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Israel dengan mesej berbunyi ‘Pergi Mati Israel’, kata jurucakap jabatan itu, semalam.
Jurucakap perkhidmatan Bomba, Yoram Levi berkata, penggodam itu memperkenalkan diri sebagai ‘Kumpulan Penggodam Gaza’ menyerang laman web mereka lewat malam semalam dan memuat naik gambar Timbalan Menteri Luar Israel, Danny Ayalon dengan kesan tapak kaki di wajahnya.

“Terdapat tulisan Arab dan gambar Danny Ayalon,” katanya sambil menambah bagaimanapun, pagi semalam laman web itu kembali normal.
Minggu lalu Ayalon berkata, Israel akan memberi tindak balas sama terhadap serangan siber sebagaimana tindak balasnya kepada keganasan ‘pengganas’ dengan menyerang balas terhadap penggodam yang mengancam negara Yahudi itu. - AFP

0 comments:

Post a Comment