29 January 2012

kereta disembur cat merah!!


KUANTAN — Kesemua 13 buah kereta di sebuah bengkel di Taman Indera Sempura di sini telah disembur dengan cat merah semalam.
Kejadian tersebut disedari oleh pemilik bengkel itu selepas seorang pelanggan mengadu kepadanya kira-kira 8 pagi.
"Setelah diperiksa, pemilik berkenaan mendapati kesemua 13 kenderaan yang ditinggalkan di bengkelnya disembur cat merah,” kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Mohd Haris Daud.
Mangsa dikatakan mengalami kerugian kira-kira RM20,000.
Motif sebenar kejadian masih disiasat. — BERNAMA

0 comments:

Post a Comment