31 January 2012

Kanak-kanak guna telefon bimbit tonton bahan lucah meningkat


LONDON: Ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak mereka dalam mengguna telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah.

Hanya 13 peratus kanak-kanak itu dilengkapi dengan ciri pengawasan pada telefon masing-masing, menurut laporan yang dikeluarkan semalam.

Angka itu jauh berbanding dengan yang dipasang pada komputer dan komputer riba di rumah sementara 84 peratus komputer kanak-kanak mempunyai perisian anti-virus.

Kajian itu yang dilakukan oleh YouGov menyelidik tingkah laku web telefon bimbit kanak-kanak berusia lapan hingga 15 tahun.

Ia mendapati, seorang daripada lima atau 21 peratus kanak-kanak pernah mengakses laman web tidak sesuai menerusi telefon bimbit mereka, meningkat sepertiga di kalangan mereka yang berusia 14 hingga 15 tahun.


Sama ada mereka tidak sengaja menemui laman web yang tidak sesuai itu, ramai kanak-kanak dikatakan membaca atau melihat perkara yang mereka tahu hanya untuk orang dewasa.


Kajian itu juga menunjukkan ramai kanak-kanak turut mengaku berdepan dengan tindakan ibu bapa dan guru mereka kerana mengakses laman web yang sepatutnya mereka tidak layari menerusi telefon bimbit mereka. - DM

0 comments:

Post a Comment