20 January 2012

Iran tutup kedai patung Barbie

TEHERAN 21 Jan. – Polis Iran bertindak menutup berpuluh-puluh kedai yang menjual patung Barbie sebagai sebahagian daripada usaha menyekat budaya Barat.

Agensi berita Mehr melaporkan, polis merampas patung-patung Barbie itu kerana etika pemakaiannya yang mengenakan pakaian renang dan skirt pendek, sedangkan wanita di negara ini perlu memakai purdah.
Larangan penjualan patung Barbie telah dikuatkuasakan di Iran sejak pertengahan 1990-an. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment