25 January 2012

Iran dakwa EU lancar perang psikologi

AMERIKA menempatkan kapal tentera, USS Abraham Lincoln untuk memberi tekanan kepada Iran.
AMERIKA menempatkan kapal tentera, USS Abraham Lincoln untuk memberi tekanan kepada Iran.
Iran mahu tutup Selat Hormuz untuk pastikan warga AS tak selamat 

Jika AS mahukan pengalaman mendebarkan selepas penutupan Selat Hormuz, Iran akan memastikan dunia tidak selamat untuk rakyat Amerika dalam masa singkat. - Mohammad Kossari, Timbalan Ketua Hal Ehwal Luar Negara dan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Parlimen Iran

TEHRAN: Iran kelmarin menuduh Eropah melancarkan perang psikologi terhadapnya selepas Kesatuan Eropah (EU) melarang import minyak negara itu, menyertai Amerika Syarikat dalam sekatan baru yang bertujuan menghalang republik itu membina senjata nuklear. 

Iran, yang menafikan cuba membina bom atom sebaliknya mengejek usaha menyekat eksport minyaknya dan sebahagian ahli perundangan kanan negara itu mengulangi ancaman menghalang minyak Arab daripada meninggalkan rantau Teluk dan memberi amaran akan menyerang kepentingan Amerika di seluruh dunia jika Washington menggunakan kekerasan untuk mematahkan sebarang sekatan dilakukan Iran ke atas laluan perkapalan penting yang strategik. 

“Jika sebarang gangguan berlaku merujuk kepada penjualan minyak Iran, Selat Hormuz pasti akan ditutup. Jika Amerika mahukan pengalaman mendebarkan selepas penutupan Selat Hormuz, Iran akan memastikan dunia tidak selamat untuk rakyat Amerika dalam masa singkat,” Timbalan Ketua Hal Ehwal Luar Negara dan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Parlimen, Mohammad Kossari, memberitahu agensi berita FARS sehari selepas kapal perang Amerika, Perancis dan Britain ditempatkan di Teluk.

Amerika, yang mengenakan sekatan ke atas perdagangan minyak Iran dan bank pusat pada 31 Disember, mengalu-alukan tindakan EU.

“Ia memberi amaran mungkin menyerang Iran jika sekatan tidak menghalang Tehran untuk meneruskan apa yang disifatkan Washington cubaan membina senjata nuklear.

Sementara itu, calon presiden daripada Parti Republikan, Mitt Romney, berkata dia menganggap Iran melancarkan tindakan perang jika menutup Selat Hormuz.

“Memang sesuai dan penting bagi tentera kita, tentera laut kita untuk kekal berada di laut terbuka. Memang jelas ia adalah tindakan perang,” kata Romney dalam perdebatan empat lagi calon Republikan di Tampa, Florida.

Tentera Laut Iran memberi amaran akan bertindak balas jika Amerika cuba meletakkan salah satu kapal perang negara itu di perairannya.

Ahli perundangan kanan Iran meningkatkan lagi ancaman kapal perang republik itu akan menghalang laluan kapal minyak Teluk Parsi berikutan tindakan EU.

Tindakan EU itu dibuat kelmarin di Brussels, menyusul langkah Amerika untuk menyasarkan eksport minyak yang penting kepada Iran, membuka lembaran baru penentangan kepemimpinan Iran.

Tekanan untuk menjatuhkan rejim dikuasai ulama Syiah datang daripada pelbagai sudut, termasuk cubaan Amerika melobi mendesak kuasa Asia mengetepikan minyak mentah Iran. – Agensi/AFP/AP  

0 comments:

Post a Comment