27 January 2012

Ikan beku import haram akan dipulangkan ke Pakistan


JAKARTA - Indonesia akan menghantar balik 48 tan ikan beku yang diimport secara haram dan didapati mengandungi bahan pengawet formalin kepada pengeksportnya dari Pakistan.


Jurucakap Kementerian Kelautan dan Perikanan berkata ikan jenis Mackerel Rastrelliger Kanagura itu, yang masuk melalui Pelabuhan Perikanan Samudera Belawan, Medan, Sumatera Utara, dimuat dalam dua kontainer.



Kemasukan ikan itu digagalkan dengan kerjasama Stesen Kuarantin Ikan Medan dan Stesen Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan Belawan.



Langkah mengeksport kembali ikan itu membuktikan bahawa Kementerian Kelautan dan Perikanan  bertindak tegas terhadap pengimport ikan yang tidak mematuhi peraturan sehingga membahayakan masyarakat, katanya.



Ikan import dari Pakistan itu didapati mengandung formalin pada kadar antara 0.25 - 0.8  peratus, sedangkan peraturan melarang sama sekali penggunaan formalin dalam bahan makanan. - Bernama

0 comments:

Post a Comment