29 January 2012

Gagal dihubungi sebelum mati


SEORANG lelaki (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu untuk direman.


HULU TERENGGANU – “Arwah pergi tanpa tinggal sebarang pesan dan dia juga tidak tunjuk sebarang perubahan.” 

Demikian luahan seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Suhana, 29, bakal tunang Lans Koperal Yaseer Janudin, 26 yang maut selepas ditembak rakannya ketika keluar berburu, kira-kira pukul 9.40 malam, Khamis lalu.

Kejadian berlaku apabila rakan mangsa seorang kakitangan Jabatan Kesihatan daerah Hulu Terengganu menyangkakan dia rusa ketika mereka berburu di kawasan hutan Kampung Kuala Menjing, dekat sini.

Ia mengakibatkan mangsa yang bertugas di Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Hulu Terengganu yang ditembak pada dada sebelah kiri maut di tempat kejadian.

Menurut Suhana, dia juga sebenarnya tertunggu-tunggu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas kali terakhir berhubung dengan bakal tunangnya itu kira-kira dua jam sebelum kejadian.

0 comments:

Post a Comment