14 January 2012

Gabenor arah siasat kes disyaki H5N1

JAKARTA - Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo memaklumkan beliau telah mengarahkan Agensi Kesihatan bersama Agensi Pertanian dan Maritim untuk melakukan siasatan menyeluruh terhadap kes kematian melibatkan virus berbahaya, selesema burung atau H5N1 yang dilaporkan di Tanjung Priok, Utara Jakarta.

Fauzi berkata, jika virus H5N1 itu disahkan merebak di Indonesia, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan segera.

Arahan tersebut dikeluarkan selepas Puguh Dwi Yanto, 23, meninggal dunia kerana mengalami tanda jangkitan H5N1 di Hospital Tangerang, Sabtu lalu.

0 comments:

Post a Comment