14 January 2012

Eva Longoria berasa 'takut'

LOS ANGELES 14 Jan. - Pelakon siri drama Desperate Housewives, Eva Longoria mengakui dia berasa amat 'takut' dengan penggambaran terakhir siri tersebut.
Pelakon itu dan rakan-rakan seperjuangannya kini dalam proses peggambaran terakhir siri drama itu selepas ia disiarkan selama lapan musim.
"Saya amat takut kerana saya tahu saat terakhir menjalani penggambaran Desperate Housewives pasti mengundang situasi yang sangat sedih.
"Semua pelakon dan krew penerbitan pasti akan berasa sukar untuk melupakan saat-saat manis yang dilalui semasa penggambaran siri itu selama lapan musim seperti sebuah keluarga," katanya.
Pelakon itu turut bercerita mengenai perceraiannya dengan pemain bola keranjang profesional, Tony Parker.
"Selepas bercerai, saya menjadi sangat kurus kerana mengalami tekanan perasaan, namun ramai yang menyatakan saya kelihatan menarik.
"Tetapi kini saya sudah pulih dengan mengamalkan diet yang sihat malah bentuk badan saya semakin menarik," ujarnya.
Longoria dan Parker bercerai pada Januari tahun lalu selepas berkahwin pada 2007. - AGENSI

0 comments:

Post a Comment