14 January 2012

Dua rakyat Malaysia didakwa

SINGAPURA 14 Jan. - Dua rakyat Malaysia didakwa di mahkamah hari ini kerana memiliki peralatan membuat kad pengeluaran wang automatik (ATM) palsu.
Mereka turut dituduh merancang untuk menggunakan kad ATM palsu itu bagi membuat pengeluaran wang di sebuah mesin ATM di bank DBS.
Kedua-dua tertuduh, Loke Siew Fei, 27 dan H'Ng Gaik Chin, 39 melawat Singapura dengan menggunakan pas lawatan sosial.
Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda dan dikenakan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun. - AGENSI

0 comments:

Post a Comment