17 January 2012

Beri perlindungan sementara

JOHOR BAHRU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia memberi perlindungan sementara kepada keluarga Norazlina Samad atau Ina, 30, jika ketua keluarga itu bersikap lepas tangan termasuk kebajikan anak kelainan upayanya, Syafiqah yang berumur empat tahun.
Pegawai JKM Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengunjungi keluarga itu bagi mendapatkan maklumat lanjut masalah dialami.

“Jika bapa kanak-kanak itu mengabaikan keluarga manakala ibu mereka pula tidak boleh bekerja kerana perlu memberi penjagaan kepada Syafiqah, mereka boleh menerima bantuan sesuai daripada JKM.
“Kami berusaha meringankan beban Ina terutama demi kepentingan Syafiqah memandangkan kanak-kanak itu memerlukan pemakanan berzat,” katanya di sini, semalam.

0 comments:

Post a Comment