17 January 2012

Askar AS kencing mayat disiasat

Askar AS kencing mayat orang Islam
WASHINGTON - Empat tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang dirakam kencing di atas mayat penduduk Islam di Afghanistan disoal siasat kepimpinan tentera AS, menurut jurucakap Pentagon, minggu lalu.
Keempat-empat askar itu kini berada di AS tetapi mereka tidak ditahan dan pihak berkuasa negara itu belum membuat keputusan sama ada ingin mendakwa mereka atas perbuatan biadap itu.
"Unit tentera laut itu dihantar ke wilayah Helmand, Afghanistan dari Mac hingga September  lalu jadi video itu mungkin dirakam semasa tempoh tersebut," menurut jurucakap tentera AS.
Dalam satu rakaman berdurasi kurang seminit yang dimuat naik di laman web YouTube, minggu lalu, empat tentera laut AS dilihat ketawa dan mengejek semasa mereka kencing di atas mayat tiga lelaki Afghanistan yang disusun di atas tanah.
Rakaman itu disertai sarikata 'Taliban mati' tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mangsa terbunuh adalah orang awam atau pejuang Taliban.
Perbuatan menjelekkan askar AS itu mengingatkan semula dunia kepada pelbagai pencabulan dan perbuatan tidak bertamadun dilakukan tentera negara itu sepanjang perang sedekad di Afghanistan dan juga perang di Iraq.

0 comments:

Post a Comment