17 January 2012

98 kematian di Kemboja kerana malaria

PHNOM PENH - Seramai 98 rakyat Kemboja terbunuh berikutan dijangkiti malaria tahun lalu yang mana menyaksikan penurunan angka sebanyak 35 peratus daripada 151 kematian pada tahun sebelumnya.

Menurut Pengarah Pusat Kebangsaan Malaria, Char Meng Chuor, tahun lalu, kira-kira 62,690 kes malaria dilaporkan, namun angka kematian mencatatkan penurunan yang disebabkan tahap kesedaran yang meningkat dan rawatan secara tepat.
“Kemboja pasti dapat membasmi sepenuhnya kematian disebabkan malaria menjelang 2015 dan bagi mencapai sasaran ini, kita terpaksa mengadakan peruntukan tahunan sebanyak AS$20 juta (RM63 juta) tempoh empat tahun akan datang.

Serangan malaria di Kemboja sering berlaku pada musim hujan tertumpu di kawasan sempadan, hutan dan wilayah pergunungan seperti Pursat, Rattanakiri, Mondulkiri, Kampong Cham dan Preah Vihear.

0 comments:

Post a Comment