25 January 2012

6 diplomat Israel terima sampul ‘anthrax’

BAITULMAQDIS: Enam diplomat Israel dalam misi ke Eropah dan Amerika Syarikat menerima sampul surat berisi serbuk putih dikhuatiri anthrax, lapor media semalam.

Menurut akhbar Israel itu, kedutaan di The Hague, Brussels dan London serta konsulat di New York, Houston dan Boston menerima sampul surat berkenaan.

Pada sampul itu tertera perkataan anthrax .
Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati serbuk putih itu bukan anthrax dan tidak membahayakan. Jurucakap kementerian Luar Israel enggan memberi komen mengenai insiden itu.

Anthrax adalah bakteria yang boleh membunuh dan wujud secara semula jadi di tanah.

Ia berbahaya kerana berpotensi dijadikan senjata biologi. - AFP

0 comments:

Post a Comment