29 January 2012

4 wartawan The Sun ditahan


LONDON: Penyiasat Britain semalam menyerbu pejabat akhbar The Sun milik Rupert Murdoch dan menahan empat wartawan dan seorang polis dalam siasatan terhadap amalan merasuah pihak keselamatan untuk mendapat maklumat.
Siasatan berkenaan menyebabkan akhbar terlaris di Britain itu menghadapi masalah selepas tabloid News of the World ditutup Julai tahun lalu ekoran skandal pengintipan telefon.

Tangkapan dibuat hasil maklumat diberi satu lagi syarikat Murdoch yang berpangkalan di Amerika Syarikat, News Corporation dalam tindakan dilihat cubaan mereka membersihkan imej yang buruk sebelum ini.

BBC menamakan suspek itu sebagai bekas Timbalan Editor, Fergus Shanahan; bekas Pengarang Urusan, Graham Dudman; Editor Meja Jenayah, Mike Sullivan dan Ketua Meja Berita, Chris Pharo. - AFP

0 comments:

Post a Comment