17 January 2012

3 peluru tumpas ‘Ah Jin’

GEORGETOWN: Selama ini hidupnya bergantung kepada kegiatan pemerasan dengan lagak samsengnya apabila menjadi ketua kepada satu geng kongsi gelap terkenal di Pulau Pinang.
Bagaimanapun, kegiatan jenayah itu berakhir apabila dia maut ditembak polis dalam satu gerakan memburunya di kawasan Bukit Paya Terubong, di sini, semalam.
Ketua Geng 08, Chor King Ying atau dikenali sebagai ‘Ah Jin’, maut dalam kejadian jam 3 pagi ketika cuba melarikan diri dari polis.

Dalam kejadian itu, sepasukan polis mengekori kereta dinaiki suspek dari Jalan Kampung Melayu hingga ke satu persimpangan lampu isyarat, di sini, selepas menerima maklumat kehadirannya di kawasan berkenaan.

Ketua samseng berusia 52 tahun berkenaan kemudian menyedari dia diekori polis, memecut keretanya.

Menyedari suspek cuba melarikan diri, polis mengejarnya sebelum memintas kenderaan dan mengarahkannya berhenti.

0 comments:

Post a Comment