26 January 2012

3 maut, 35 cedera ribut di Indonesia

JAKARTA 26 Jan. - Sekurang-kurangnya tiga maut dan 35 cedera semalam apabila beratus-ratus rumah musnah dihempap pokok ketika ribut berserta hujan lebat melanda Jakarta, Malang dan Jawa Timur, lapor pihak berkuasa, hari ini.

Ribut itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus.

"Ribut semalam menyebabkan tiga penduduk terbunuh, seorang di Jakarta, manakala lagi dua di Malang dan daerah Blitar di Jawa Timur," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.

Jelasnya, ribut tersebut melanda lapan daerah di kepulauan Jawa termasuk Jakarta.

Menurut laporan terkini, lebih 450 rumah dan empat sekolah musnah dalam kejadian terbabit.

Akhbar Jakarta Globe melaporkan, cuaca buruk itu turut meragut satu nyawa dan mencederakan enam yang lain di Bali.

Nugroho bagaimanapun tidak mengesahkan laporan tersebut.

Akhbat tersebut turut melaporkan, sebuah feri yang membawa lebih 200 penumpang termasuk lima warga Australia yang menuju ke kepulauan Gili hampir karam selepas dipukul ombak setinggi tiga meter. - AFP

0 comments:

Post a Comment