27 January 2012

200 penduduk bimbang ular sering jadi ‘tetamu’

KLANG: Kira-kira 200 penduduk Kampung Jalan Papan, Pandamaran, di sini, kini hidup ketakutan dan diselubungi rasa bimbang apabila rumah yang mereka diami sering dimasuki binatang berbisa seperti ular.
Masalah ini berpunca daripada kawasan rumah mereka tidak diselenggara dengan baik selain dipenuhi semak- samun serta lalang yang merimbun di kawasan berhampiran yang menjadi habitat reptilia berkenaan.

Penduduk, C Arusa, 42, berkata dia beberapa kali membuat aduan kepada kerajaan negeri namun tiada tindakan susulan diambil.
“Rumah saya dua kali dicerobohi ular berbisa. Jika keadaan ini berlarutan saya khuatir keselamatan dan nyawa ahli keluarga terancam,” katanya.

Sementara itu, masalah dan rintihan penduduk kawasan berkenaan mendapat perhatian Penyelaras Barisan Nasional (BN) Klang, Datuk Teh Kim Poh.

Teh berjanji kepada penduduk bahawa masalah itu akan diselesaikan secepat mungkin.

0 comments:

Post a Comment