18 January 2012

16 terbunuh dalam dua serangan di selatan Afghanistan

KANDAHAR: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan lebih 20 lagi cedera selepas dua letupan berasingan berlaku selepas pemberontakan tercetus di wilayah Helmand, selatan Afghanistan, semalam, kata pegawai tempatan.

Serangan pertama dilakukan pengebom berani mati yang bertindak meletupkan dirinya di atas sebuah motosikal di sebuah bazaar daerah Kajake wilayah Helmand mengakibatkan 10 orang awam dan dua anggota polis terbunuh.
Laporan awal menyebut seramai tujuh anggota polis terbunuh.
Dua jam kemudian, serangan kedua berlaku mengakibatkan seorang pegawai perisikan tempatan, dua pengawal peribadi dan seorang awam maut dalam letupan di sebuah lombong, kata jurucakap gabenor wilayah Helmand, Daud Ahmadi. - AFP

0 comments:

Post a Comment