27 January 2012

10 pelancong selamat, 3 kru bot terbalik hilang

MANILA: Seramai 10 pelancong asing diselamatkan tetapi tiga kru kabin masih hilang selepas bot mereka terbalik di perairan pulau peranginan popular Boracay, kata polis, semalam. 

Menurut kenyataan dikeluarkan ibu pejabat polis kebangsaan di Manila, bot itu membawa tujuh warga Britain, dua rakyat China, Australia (1) dan tiga kru kabin warga tempatan sebelum terbalik tengah hari kelmarin. Polis di Pulau Boracay menghantar bot penyelamat ke tempat kejadian dan menyelamatkan semua pelancong warga asing itu, tetapi tiga anak kapal tidak dapat ditemui. Operasi mencari tiga mangsa masih dilakukan, lapor kenyataan itu tanpa memberitahu punca kejadian itu. - AFP

0 comments:

Post a Comment